Pengumuman Penting

 SILA LIHAT RAYUAN SUMBANGAN DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI > > > > > > > > > > > > V V V V V V

24 Mac, 2023

23 Mac, 2023

21 Mac, 2023

Ahlan wa Marhaban Ya Ramadhan!

 FAEDAH KEUTAMAAN MEMBACA SURAT AL FATH DI MALAM PERTAMA RAMADHAN



1. Telah disebutkan di dalam kitab Kanzun Najaah Was Surur, karya Syeikh ‘Abdul Hamid bin Muhammad ‘Ali bin ‘Abdul Qaadir al-Quddus al-Makki asy-Syafie tentang keutamaan membaca surat al-Fath pada malam awal Ramadhan.

[Faedah: Membaca Surah al-Fath Pada Malam Awal Ramadhan ]
Telah berkata Syaikh Abu Bakar an-Naisaaburi, "Aku telah mendengar Muhammad bin ‘Abdul Malik berkata, aku telah mendengar Yazid bin Harun berkata, aku telah mendengar as-Sam’udi berkata,
'Telah sampai kepadaku bahwa barangsiapa membaca surah al-Fath pada malam awal (malam pertama) Ramadhan di dalam solat tathawwu’ (solat sunat), dia berada di dalam penjagaan Allah untuk tahun tersebut.'
2. Sulthonul Ulama' Al Habib Salim bin Abdullah AsySyathiri berkata,
"Hendaknya kita melakukan solat di malam pertama bulan Ramadhan empat rakaat, yang dibaca untuk setiap rakaatnya satu maqra (tempat tanda bacaan) dari surah Al-Fath (إنا فتحنا لك…).
Diriwayatkan oleh Al- Khatib Asy-Syarbini bahwa barang siapa melakukan hal tersebut di awal malam Ramadhan:
"Ia akan menjalani kehidupannya setahun dalam kebaikan dan dicukupkan baginya. Hendaknya engkau melaku­kan hal itu".

--------------------

(Catatan) Tentang membaca surat Al Fath di malam pertama bulan Ramadhan ini, penulis menyimpulkan cara pengamalan dari dua sumber di atas.
Caranya:
Dirikanlah solat sunat apapun di malam pertama Ramadhan, dan bacalah di dalam sholat tersebut (setelah membaca surah al-Fatihah), separuh daripada surat al-Fath dan sempurnakan separuhnya lagi di dalam rakaat kedua.
Boleh dilakukan dua rakaat saja, atau empat rakaat.


3. Tersebut juga di dalam kitab al-Wasaailul asy-Syaafi’ah fi al-Adhkar an-Naafi’ah wa al-Auraad al-Jaami’ah wa ats-Tsimaar al-Yaani’ah wa al-Hujub al-Hariizah al-Maani’ah ‘an an-Nabiy صلى الله عليه وآله وسلم karya al-Imam al-‘Allamah as-Sayyid asy-Syarif al-Muhaddits al-Habib Muhammad bin ‘Ali Khirid al-‘Alawi al-Husaini at-Tarimi (wafat 960هـــ), halaman 474:
Dari Sayyidina Abdullah Ibnu ‘Umar رضي الله عنهما, Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم telah bersabda,
"Telah diturunkan kepadaku semalam akan satu surah yang lebih kukasihi daripada segala apa yang terbit matahari atasnya (yakni dunia dan segala isinya), dan dianjurkan agar dibaca pada awal malam bulan Ramadhan.
Maka bacalah dan ajarkan kepada anak-anak kalian, in syaaAllah mereka tidak akan ditimpa kesusahan".

20 Mac, 2023

Waqaf Keperluan Asrama

katil

tilam

kipas

rak dan keperluan asrama

https://toyyibpay.com/keperluanAsrama1


 

08 Mac, 2023

23 Januari, 2023

Untungnyaa anak-anak Tahfiz Al-Bakri

Inilah kelebihan anak-anak pelajar tahfiz Al-Bakri, dapat bertemu muka tok-tok guru pondok atau madrasah lain.

.
Bila bertemu, selalu di pesan minta lah doa dari orang alim buat diri kita. Minta lah doa untuk dapat hafaz Al-Quran 30 juzuk. Minta lah doa untuk jadi orang faqih dalam agama atau apa sahaja doa yang baik.
.
Orang yang alim ni, boleh jadi mereka ini antara wali Allah. Atau orang yang dekat dengan Allah. Doanya mudah dimakbul Allah, berbanding kita yang tak berapa alim ni.
.
Bayangkan kalau 40 orang alim di minta doa buat anak-anak ini? Allah..semoga makbul lah doanya buat anak-anak kita. Kalau kita di luar lingkungan kehidupan tahfiz atau pondok, perlu usaha sungguh untuk bertemu orang alim ni. Bila hidup di tahfiz atau pondok itulah kelebihanya.
.
Moga jadi asbab Allah Redha. Aamiin. 🤲
----------------------------------------------




----------------------------------------------








13 Mei, 2022

Kod Reaksi Pantas (QR Code) Madrasah

moh kite rodong-rodong (kawan-kawan) Cuba Try Test

1. Buka aplikasi Touch N Go, atau apa-apa e-wallet seperti Grab atau MAE Maybank, 

.

2. Imbas (scan) kod QR di bawah, dan masukkan nilai dalam Ringgit Malaysia

.


* Jika anda menyumbangkan RM1, kami perlukan 180 ribu orang lagi atau 180 ribu kali lagi transaksi untuk memenuhkan dana van.

* Jika anda menyumbangkan RM2, kami perlukan 90 ribu orang lagi atau 90 ribu kali lagi transaksi untuk memenuhkan dana van.

*Jika anda menyumbangkan RM5, kami perlukan 36 ribu orang lagi atau 36 ribu kali lagi transaksi untuk memenuhkan dana van.

*Jika anda menyumbangkan RM10, kami perlukan 18 ribu orang lagi atau 18 ribu kali lagi transaksi untuk memenuhkan dana van.

*Jika anda menyumbangkan RM50, kami perlukan 3600 orang lagi atau 3600 kali lagi transaksi untuk memenuhkan dana van.

*Jika anda menyumbangkan RM100, kami perlukan 1800 orang lagi atau 1800 kali lagi transaksi untuk memenuhkan dana van.

.

*DAN jika sejuta orang menginfak RM1 sahaja setiap orang, madrasah boleh beli van dan bina bangunan baru 2 tingkat untuk kelas dan rumah warden. Kongsikan dan jom menyumbang!

23 April, 2022

Terima Kasih Jazakumullah Khairan Kathira


Madrasah telah melancarkan kutipan dana untuk membeli dua unit mesin basuh automatik untuk pelajar-pelajar, bermula dari awal bulan Syaaban 1433H iaitu di awal Mac 2022.


Kenapa mesin automatik? Pelajar perlu belajar untuk mujahadah!

Bagi saya (mudir), teknologi yang memudahkan dan membantu untuk belajar sepatutnya dipergunakan sebaik mungkin. Mesin basuh automatik membantu memudahkan pelajar membasuh pakaian, dan seterusnya boleh memfokuskan masa lebih banyak untuk ulangkaji pelajaran dan mengulang hafalan.

begitu juga teknologi air bersih melalui paip yang masuk ke rumah dan asrama, membantu memudahkan urusan yang asalnya perlu turun ke gigi sungai untuk membersihkan diri dan mencuci pakaian. Apatah lagi sudah tidak perlu untuk mengangkut air naik ke rumah lalu merawatnya dari kekeruhan sebelum digunakan untuk minum dan memasak.


Bagaimana kalau rosak?

Kita berdoa semoga kekal bermanfaat dalam tempoh yang panjang. dan pelajar telah dipesan untuk gunakan dengan baik semoga tahan lama dan kekal manfaatnya. Air dalam paip pun kadang-kala terputus kerana kerosakan.


Asalnya kami merancang nak membeli dua unit sahaja, namun ada Hamba Allah yang bermurah hati mewaqafkan sebuah unit mesin basu semi-auto. Alhamdulillah kami menerimanya dengan sepenuh rasa bersyukur.

Dalam masa yang sama, Persatuan Pesara Guru Prihatin Temerloh, berbesar hati dan bersetuju menaja kedua-dua unit mesin basuh automatik yang kami rancangkan, dengan membuat kutipan sesama ahli, maka Alhamdulillah tercapai hasrat dan perancangan yang kami aturkan, dengan Izin dan Tawfiq dari Allah.


Dari dua, menjadi tiga. Alhamdulillah segala syukur dirafakkan kepada Allah.

dan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman. Semoga Allah balas dengan balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.

02 April, 2022

Doa Selepas Solat Witir Ramadhan

Dilarang menggunakan teks ini untuk tujuan komersil dan keuntungan.
Boleh disebar luaskan dengan syarat mesti dikreditkan kepada halaman ini.

آمِينَ آمِينَ آمِين ، بِجُودِكَ آمِين ، بِامۡتِـنَانِكَ آمِين ، يَاخَيۡرَ الۡمَسۡئُولِـينَ يَا اَلله ، وَيَا رَاحِمَ الضُّعَفَاءِ وَالفُقَرَاءِ وَاليَتَامَى وَالمـَسَاكِين .

 اللّهُمَّ اعۡتِقۡ رِقَابَنَا وَرِقَابَ آبَآئِـنَا وَأُمَّـهَاتـِنَا وَإِخۡوَانِنَا وَأَخَوَاتِنَا وَأَجۡدَادِنَا وَجَدَّاتِنَا وَمَشَايِخِنَا وَمُعَلِّمِينَا وَجَمِيعِ الۡمُسۡلِمِينَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ وَالۡمُؤۡمِنِينَ وَالۡمُؤۡمِنَات مِنَ النَّـارِ أَجۡمَعِينَ ، وَتُبۡ وَزَكِّ وَاعۡفُ أَجِي وَ عَمَّنۡ يَـقُولُ آمِينَ ، آمِينَ ، آمِين .

اللّٰهُمَّ بَارِكۡ لَنَا فِي شَهۡرِ رَمَضَان ، وَأَعِنَّا فِيهِ عَلَى الصِّيَامِ وَالۡقِيَامِ وَغَضِّ الۡبَصَرِ وَحِفۡظِ اللِّسَانِ وَقِرَاءَةِ الۡقُرۡآن . اللّٰهُمَّ بَلِّغۡنَا لَيۡلَةَ الۡقَدۡر .

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّم ، وَالۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِينَ .

Doa Selepas Solat Taraweh

Dilarang menggunakan teks ini untuk tujuan komersil dan keuntungan.
Boleh disebar luaskan dengan syarat mesti dikreditkan kepada halaman ini.

بِسۡمِ اللهِ الرَّحۡمـٰنِ الرَّحِيم ، الۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِين ، وَالصَّلَاةُ وَالسَّلَامُ عَلَى أَشۡرَفِ الۡأَنۡبِيَاءِ وَالۡمُرۡسَلِين ، سَيِّدِنَا وَمَوۡلَانَا مُحَمَّد وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِين .

اَللّٰهُمَّ اجۡعَلۡناَ بِالۡإِيمَانِ كَامِلِين ، وَلِفَرَآئِضِكَ مُؤَدِّين ، وَلِلصَّلَاةِ حَافِظِين ، وَلِلزَّكاَةِفَاعِلِين ، وَلَمَاعِنۡدَكَ طَالِبِين ، وَلِعَفۡوِكَ رَاجِين ، وَبِالۡهُدَى مُتَمَسِّكِين ، وَعَنِ اللَّغۡوِ مُعۡرِضِين ، وَفِى الدُّنۡيَا زَاهِدِين ، وَفِى الۡأَٰخِرَةِ رَاغِبِين ، وَبِالۡقَضَآءِ رَاضِين ، وَباِلنُّعَمَآءِ شَاكِرِين ، وَعَلَى الۡبَلَايَا صَابِرِين ، وَتَحۡتَ لِوَآءِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيۡهِ وَسَلَّمَ يَوۡمَ الۡقِيَامَةِ سَآئِرِين ، وَاِلَى الۡحَوۡضِ وَارِدِين ، وَاِلَى الۡجَنَّةِ دَاخِلِين ، وَمِنَ النَّارِ نَاجِين ، وَعَلَى سَرِيرِ الۡكَرَامَةِ قَاعِدِين ، وَبِحُورٍ عَينٍ مُتَزَوِّجِين ، وَمِنۡ سُنۡدُسٍ وَاِسۡـتَبۡرَقٍ وَدِيبَاجٍ مُتَلَبِّسِين ، وَمِنۡ طَعَامِ الۡجَنَّةِ آكِلِين ، وَمِنۡ لَبَنٍ وَعَسَلٍ مُصَفَّينِ شَارِبِين ، بِأَكۡوَابٍ وَاَبَارِيقَ وَكَأۡسٍ مِنۡ مَعِين ، مَعَ الَّذِينَ اَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ مِنَ النَّبِيِّينَ وَالصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَآءِ وَالصَّالِحِين ، وَحَسُنَ أُوْلَـٰـئِكَ رَفِيقًا ، ذَٰلِكَ فَضۡلٌ مِنَ اللهِ ، وَكَفَى بِاللهِ عَلِيمًا .

اَللّٰهُمَّ اجۡعَلۡنَا فِى هٰذِهِ اللَّيلَةِ الشَّهۡرِ الشَّرِيفَةِ الۡمُبَارَكَةِ مِنَ السُّعَدَآءِ الۡمَقۡبُولِين ، وَلاَ تَجۡعَلۡنَا اللّٰهُمَّ مِنَ الۡأَشۡقِيَآءِ الۡمَرۡدُودِين . إِلَـٰهَنَا عَافِنَا وَاعۡفُ عَنَّا ، وَاغۡفِرِ اللّٰهُمَّ لَنَا وَأَجِي وَلِوَالِدِينَا وَلِأُمَّهَاتِنَا وَلِإِخۡوَانِنَا وَلِأَخَوَاتِنَا وَلِأَزۡوَاجِنَا وَلِأَهۡلِينَا وَلِأَهۡلِ بَيۡتِنَا وَلِأَجۡدَادِنَا وَلِجَدَّاتِنَا وَلِمَشَايِخِنَا وَلِمُعَلِّمِينَا وَلِجَمِيعِ الۡمُسۡلِمِينَ وَالۡمُسۡلِمَاتِ وَالۡمُؤۡمِنِينَ وَالۡمُؤۡمِنَاتِ ، الۡأَحۡيَآءِ مِنۡهُمۡ وَالۡأَمۡوَات .

وَاكۡتُبِ اللّٰهُمَّ السَّلَامَةَ وَالۡعَافِيَةَ عَلَيۡنَا وَعَلَى عَبِيدِكَ الۡحُجَّاجِ وَالۡغُزَاةِ وَالزُّوَّارِ وَالۡمُسَافِرِينَ وَالۡمُقِيمِينَ فِي الۡبَرِّ وَالۡبَحۡرِ مِنَ الۡمُسۡلِمِينَ وَقِنَا شَرَّ الظَّالِمِينَ وَانۡصُرۡنَا عَلَى الۡقَوۡمِ الۡكَافِرِين ، يَا مُجِيبَ السَّائِلِين ، وَاخۡتِمۡ لَنَا يَا رَبَّنَا مِنۡكَ بِخَيۡرٍ يَا أَرۡحَمَ الرَّاحِمِين .

وَصَلَّى اللهُ عَلَى خَيۡرِ خَلۡقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَسَلَّم ، وَالۡحَمۡدُ لِلّٰهِ رَبِّ الۡعَالَمِين .

17 Mac, 2022

Doa Malam Nisfu Syaaban

Cadangan : dimulakan dengan membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib.
* Bacaan pertama diniatkan supaya diberikan umur yang panjang.
* Bacaan ke-dua diniatkan supaya dijauhkan dari bala bencana.
* Bacaan ke-tiga diniatkan supaya terkaya dari pergantungan kepada manusia.

Setiap kali selesai bacaan Surah Yasin seperti di atas, kemudian bacalah doa yang berkat ini :-


“Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yang mencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan. 

Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuz sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu. 

Sebaliknya, catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan. 

Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu : Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan Luh Mahfuzhadalah kepunyaan-Nya.

Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga berserta para sahabatnya.”




06 Mac, 2022

Infaq Ramadhan

Betapa besarnya ganjaran dan betapa mudahnya membuat pahala bagi mereka yang menjamu insan lain berbuka puasa.


apatah lagi menyantuni para Penuntut Ilmu, Penghafal al-Quran, dan Anak Yatim.


kami membuka peluang kepada anda semua untuk berinfak untuk menaja berbuka puasa dan/atau bersahur bagi pelajar serta guru dan warga Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri.


semoga dengan sumbangan anda, Allah akan lipat gandakan pahala sebanyak-banyaknya. semoga ianya menjadi pahala jariyah yang tidak henti-henti terus mengalir buat anda yang pemurah.



Carta Struktur Organisasi

Carta Struktur Organisasi
Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

القرآن