Cadangan : dimulakan dengan membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib.
* Bacaan pertama diniatkan supaya diberikan umur yang panjang.
* Bacaan ke-dua diniatkan supaya dijauhkan dari bala bencana.
* Bacaan ke-tiga diniatkan supaya terkaya dari pergantungan kepada manusia.
Setiap kali selesai bacaan Surah Yasin seperti di atas, kemudian bacalah doa yang berkat ini :-
“Wahai Tuhanku yang Maha Pemberi, Engkau tidak memerlukan pemberian. Wahai Tuhan Pemilik Kebesaran dan Kemuliaan. Wahai Tuhan pemberi segala kekayaan dan segala nikmat. Tiada Tuhan selain Engkau, kekuatan orang yang meminta pertolongan, lindungan orang yang mencari perlindungan, dan tempat yang aman bagi orang yang ketakutan.
Tuhanku, seandainya Engkau mencatatkan bagi diriku di sisi-Mu pada Luh Mahfuz sebagai orang yang sengsara atau orang yang sempit rezeki, maka hapuskanlah catatan itu.
Sebaliknya, catatkanlah aku di sisi-Mu sebagai orang yang bahagia, murah rezeki dan memperolehi taufiq-Mu untuk berbuat kebaikan.
Sesungguhnya Engkau telah berfirman dan bahawasanya firman-Mu adalah benar di kitabmu yang diturunkan melalui ucapan Rasul utusan-Mu : Allah menghapus dan menetapkan apa yang Dia kehendaki, dan Luh Mahfuzhadalah kepunyaan-Nya.
Semoga Allah memberikan selawat kepada Sayyidina Muhammad SAW dan keluarga berserta para sahabatnya.”