Pengumuman Penting

 SILA LIHAT RAYUAN SUMBANGAN DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI > > > > > > > > > > > > V V V V V V

23 April, 2022

Terima Kasih Jazakumullah Khairan Kathira


Madrasah telah melancarkan kutipan dana untuk membeli dua unit mesin basuh automatik untuk pelajar-pelajar, bermula dari awal bulan Syaaban 1433H iaitu di awal Mac 2022.


Kenapa mesin automatik? Pelajar perlu belajar untuk mujahadah!

Bagi saya (mudir), teknologi yang memudahkan dan membantu untuk belajar sepatutnya dipergunakan sebaik mungkin. Mesin basuh automatik membantu memudahkan pelajar membasuh pakaian, dan seterusnya boleh memfokuskan masa lebih banyak untuk ulangkaji pelajaran dan mengulang hafalan.

begitu juga teknologi air bersih melalui paip yang masuk ke rumah dan asrama, membantu memudahkan urusan yang asalnya perlu turun ke gigi sungai untuk membersihkan diri dan mencuci pakaian. Apatah lagi sudah tidak perlu untuk mengangkut air naik ke rumah lalu merawatnya dari kekeruhan sebelum digunakan untuk minum dan memasak.


Bagaimana kalau rosak?

Kita berdoa semoga kekal bermanfaat dalam tempoh yang panjang. dan pelajar telah dipesan untuk gunakan dengan baik semoga tahan lama dan kekal manfaatnya. Air dalam paip pun kadang-kala terputus kerana kerosakan.


Asalnya kami merancang nak membeli dua unit sahaja, namun ada Hamba Allah yang bermurah hati mewaqafkan sebuah unit mesin basu semi-auto. Alhamdulillah kami menerimanya dengan sepenuh rasa bersyukur.

Dalam masa yang sama, Persatuan Pesara Guru Prihatin Temerloh, berbesar hati dan bersetuju menaja kedua-dua unit mesin basuh automatik yang kami rancangkan, dengan membuat kutipan sesama ahli, maka Alhamdulillah tercapai hasrat dan perancangan yang kami aturkan, dengan Izin dan Tawfiq dari Allah.


Dari dua, menjadi tiga. Alhamdulillah segala syukur dirafakkan kepada Allah.

dan terima kasih kepada para penyumbang yang budiman. Semoga Allah balas dengan balasan yang setimpal di dunia dan akhirat.

Carta Struktur Organisasi

Carta Struktur Organisasi
Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

القرآن