Pengumuman Penting

 SILA LIHAT RAYUAN SUMBANGAN DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI > > > > > > > > > > > > V V V V V V

20 Mei, 2009

Bahana Campur Urusan Ibu Bapa Nabi s.a.w.



Adakah ibu dan ayah baginda s.a.w terdiri dikalangan ahli neraka?

وقد سئل القاضى أبو بكر العربى أحد المالكية عن رجل قال أن أبا النبى فى النار فاجاب بأنه ملعون لأن الله تعالى قال:
(ان الذين يؤذون الله ورسوله لعنهم الله فى الدنيا والأخرة وأعدلهم عذابا مهينا)
ولا أذى أعظم من أن يقال : اباه فى النار

Sesungguhnya telah ditanyai al-Qadhi Abu Bakar al-Arabiy (salah seorang ulama’ mazhab Maliki), tentang seorang laki-laki yang berkata :" Bahawasanya bapa Nabi Muhammad s.a.w di dalam neraka".
Beliau menjawab, orang itu "Mal'un" (dilaknat) kerana Allah ta'ala berfirman:
{Sesungguhnya mereka yang menyakiti Allah dan Rasul Nya mendapat laknat di dunia dan akhirat , dan menyediakan Allah bagi mereka Azab yang sangat menghinakan} Al-Ahzab ayat 57.
Tiada suatu perkara yang lebih menyakitkan yang lebih besar, jika dibandingkan dengan perkataan "Bapa Nabi dalam Neraka".

وكيف لا وقد روى ابن منده وغيره عن ابى هريرة قال: جاءت سبيعة بنت ابى لهب الى النبى فقالت: يارسول الله ان الناس يقولون أنت بنت حطب النار فقام رسول الله وهو مصعب فقال: ما بال أقوام يؤذونى فى قرابتى ومن آذانى فقد آذى الله

Betapa tidaknya?
Sesungguhnya telah diriwayat oleh Imam Ibnu Mandah dan selainnya dari Abi Hurairah r.a, beliau berkata : Telah datang Subai'ah binti Abi Lahab kepada Nabi s.a.w. dan mengadu kepadanya, wahai Rasulullah , Sesungguhnya manusia berkata "Engkau anak perempuan pembawa bahan bakar Api Neraka". Lalu Rasulullah s.a.w bangun dengan keadaan kesusahan sambil bersabda: " Apakah yang terjadi pada orang ramai, mereka menyakiti daku berkenaan kerabatku. Sesiapa yang menyakiti daku sesungguhnya telah menyakiti Allah ".

( Hasyiah Tahqiq al-Maqam ala al- Kifayah al-Awam, al-Allamah al-Sheikh Ibrahim al-Baajuri . m.s 13 )

Oleh yang demikian , kalau nak mengulas pun hendaklah mengatakan yang baik-baik saja berkenaan mereka. Kalau tidakpun diam je lah. jangan memandai-mandai.
Sebenarnya tidak terdapat satu nas al-Quran atau Hadis Sahih mutawatir yang qathie yang boleh dijadikan sandaran pada i'tiqad (aqidah) ibu bapa Nabi s.a.w yang menjerumuskan mereka berada di dalam neraka.(والعياذ بالله) Tidak dijumpai satu pun keterangan dalam soal ini yang memuaskan dan boleh dijadikan dalil.
Sesahih-sahih keterangan, hanya satu Hadis Riwayat Imam Muslim saja, tetapi masih dipertikaikan disudut sanad dan matannya. Keterangan-keterangan yang dipertikaikan ,tidak boleh dijadikan hujah dalam soal akidah.
Oleh yang demikian jauhilah sifat mereka yang lancang dan celupar mulut terhadap salasilah keturunan Rasul s.a.w. Lebih-lebih lagi dengan hanya berdasarkan asas yang tidak kukuh.


Ulasan Yang Tahqiqnya (Keterangan) Berkenaan Isu Ini :

Hadis Muslim yang manjadi asas pertikaian:
Daripada Hammad ibn Salamah daripada Thabit, daripada Anas ibn Malik " Sesungguhnya seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w:
" Wahai rasulullah s.a.w , dimanakah bapaku?. Rasulullah s.a.w menjawab " Didalam neraka" . Tatkala lelaki tersebut berpaling, Rasulullah s.a.w memanggilnya lalu berkata: "Sesungguhnya bapaku dan bapamu didalam Neraka".

Imam Nawawi yang memberi komentari terhadap hadith ini didalam syarah Sahih Muslim menyebut:
"Hadith ini menunjukan bahawa sesiapa yang mati dalam tempoh Fathrah ( suatu tempoh sebelum baginda s.a.w diutus menjadi rasul), akan tetapi terlibat dalam penyembahan berhala tergolong dari kalangan ahli Neraka. Hujah yang mengatakan bahawa masih tidak sampai seruan dakwah dari Nabi Ibrahim a.s serta dari Nabi-nabi yang lain tidaklah diterima sebab seruan telah diberi".


Sebab -Sebab Tidak Sah Penghujahan Hadis Muslim Tersebut :

1.Tiada pula didapati Imam Nawawi mengatakan Ibu-bapa Nabi s.a.w dalam neraka.
2.Jika diperhatikan komentari Imam Nawawi tersebut, yang jelas maksudnya ditujukan kepada mereka yang hidup disekitar tempoh fathrah (tempoh masa tiada diutuskan seseorang Rasul, contohnya jarak masa antara Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w ) tersebut, jika mereka menyembah berhala, sedangkan tidak terdapat sebarang nas yang menunjukkan ibu-bapa Nabi s.a.w pernah menyembah sebarang berhala, atau mengadakan suatu perkara yang menunjukan mereka pernah bertuhankan berhala .

3. Ayat al-Quran yang mensabitkan Ahli Fathrah terlepas dari Neraka, apabila ayat Al-Quran yang bertentangan dengan hadis ma'lul, mestilah tertolak kesahihan makna hadith tersebut daripada kehujahannya, atau perlulah diihtimalkan (dibawa) kepada suatu makna yang patut.

4. Hadis yang dipertikaikan sanadnya. Ya, memang lah kalau dilihat disudut ulasan Imam Nawawi tersebut kelihatannya bercanggah dengan makna ayat Quran yang menyatakan tentang adanya ahli Fathrah.. tetapi adakah anda akan berpegang dengan satu dalil yang tidak berfaedah apabila ianya bercanggah dengan al-Quran? Lebih-lebih lagi bila diperhatikan, Imam Nawawi hanya mentafsirkan makna-makna hadis tersebut saja, tanpa membahaskan sanad dan sebagainya disudut percanggahan. Betul, memang benar ulasan Nawawi, tapi hanya disudut makna hadis saja. Lagi pula, hadis-hadis yang sanadnya ma'lul tidak sah dibuat pegangan akidah (والله أعلم).

Jawapan Dr Muhammad Said Ramadhan al Buthi:

السوال

قرأت في كتابك (مع الناس) أن أهل الفترة مغفور لهم لقوله تعالى (وما كنا معذبين حتى نبعث رسولاً) ولكنني قرأت في بعض كتب الحديث ورد فيها ثلاثة أحاديث لا تتفق مع هذا في الظاهر:
أولها: حديث عائشة رضي الله عنها و عبد الله بن جدعان رضي الله عنه فرد عليها النبي صلّى الله عليه وسلّم بأنه لم يقل يوماً ربِّ اغفر لي خطيئتي يوم الدين
ثانيها: حديث امرؤ القيس حامل لواء الشعراء في النار
ثالثها: أنه لم يؤذن لرسول الله صلّى الله عليه وسلّم في أمه
و هل يوجد كتاب لسماحتكم يبحث في هذا الموضوع ومن لم يصله الإسلام في العصر الحديث؟
الجواب:
جمهور العلماء على أن أهل الفترة ناجون يوم القيامة، وأقوى دليل لهم على ذلك قول الله تعالى: {وَما كُنّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً}.
والجواب عن الأحاديث التي ذكرتها، أن بعضها كان قبل نزول هذه الآية التي هي في سورة الإسراء، وهي من أواخر ما نزل في مكة. وبعضها كحديث امرئ القيس، أن امرئ القيس وإن لم يدرك الإسلام، ولكنه أدرك العقائد الإيمانية بالله تعالى إجمالاً غير أنه لم يضبط سلوكه بمقتضى ذلك.والمرجع الذي بوسعك أن تعود إليه في هذا الموضوع، مما قد كتبته هو كتابي ((كبرى اليقينّيات الكونية)).

Oleh: Ibnu Rubat

Carta Struktur Organisasi

Carta Struktur Organisasi
Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

القرآن