Pengumuman Penting
SILA LIHAT RAYUAN SUMBANGAN DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI > > > > > > > > > > > > V V V V V V
19 Oktober, 2011
Kelebihan-Kelebihan MAKKAH AL-MUKARRAMAH
Makkah al-Mukarramah dipilih oleh Allah menjadi tempat
tumpuan hamba-hambaNya yang beriman dan dikurniakan
kelebihan serta keistimewaan yang banyak kepadanya. Di
bawah ini dinyatakan beberapa hadis mengenai kelebihan
Makkah:
Makkah adalah Tanah Haram
RasululLah
telah bersabda pada hari pembukaan kota
Makkah: ((Sesungguhnya negeri Makkah ini telah dijadikan
oleh Allah sebagai Tanah Haram pada hari Dia menciptakan
langit dan bumi. Makkah adalah Tanah Haram dengan
pengharaman daripada Allah sehingga ke hari kiamat. Tidak
dibenarkan berperang di dalam Makkah kepada sesiapa pun
sebelumku, dan tidak dibenarkan kepadaku kecuali beberapa
masa sahaja (pada hari pembukaan kota Makkah tahun ke 8
H). Makkah adalah Tanah Haram dengan pengharaman
daripada Allah sehingga hari kiamat. Tidak boleh memotong
pohon, tidak boleh menangkap binatang pemburuan (yang
hidup bebas), tidak boleh mengambil barang yang tercicir
kecuali mereka yang mahu mengumumkannya kepada orang
ramai dan tidak boleh mengerat rumput di Makkah)). Lalu
berkata al-‘Abbas (bapa saudara RasululLah ): Kecuali Izkhir
(sejenis tumbuhan yang harum baunya) ya RasululLah, ia dibuat
bahan bakar kepada tukang besi dan dibuat atap rumah.
RasululLah menjawab: ((Kecuali Izkhir)).
Nabi Ibrahim mengisytiharkan Tanah Haram Makkah
RasululLah
bersabda: ((Sesungguhnya Ibrahim telah
mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku
mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim
mengharamkan Makkah dan aku berdoa untuk (keberkatan)
cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim berdoa untuk
Makkah)).
Makkah adalah sebaik-baik negeri dan tempat yang paling
disayangi oleh Allah dan RasulNya.
Abdullah ibn ‘Addiy ibn Hamra’ az-Zuhriy berkata: Aku melihat
RasululLah berdiri di Hazwarah dan bersabda: ((Demi Allah!
Sesungguhnya Makkah adalah sebaik-baik bumi Allah dan
bumi yang sangat disayangi oleh Allah , kalaulah aku tidak
dihalau keluar daripadamu nescaya aku tidak akan keluar)).
Makkah tidak dimasuki Dajjal
RasululLah bersabda: ((Semua negeri akan dimasuki oleh
Dajjal kecuali Makkah dan Madinah, semua jalan masuk
dikawal oleh para malaikat yang berbaris-baris, kemudian
Madinah akan bergoncang sebanyak tiga kali dan Allah
akan mengeluarkan orang kafir dan munafiq daripadanya)).
Ancaman daripada melakukan ilhad (kejahatan) di Tanah
Haram
RasululLah bersabda: ((Tiga golongan manusia yang paling
dibenci oleh Allah: 1- Orang yang melakukan ilhad (kejahatan)
di dalam Tanah Haram; 2- Orang yang mahu mengekalkan
amalan jahiliyyah di dalam Islam; 3- Orang yang menuntut
darah manusia tanpa hak untuk menumpahkannya)).
Kelebihan Tawaf
Ibnu ‘Umar berkata: Aku mendengar RasululLah bersabda:
((Sesiapa yang melakukan tawaf di rumah ini (Ka’bah) tujuh
pusingan genap, adalah pahalanya seperti memerdekakan
seorang hamba)). Dan aku juga mendengar RasululLah
bersabda: ((Tidak meletakkan kaki (orang yang tawaf) dan
tidak pula mengangkat yang lainnya kecuali Allah
menghapuskan kesalahannya serta menulis baginya satu
kebajikan)).
Rahmat kepada orang tawaf, solat dan memandang Ka’bah
RasululLah bersabda: ((Bahawasanya Allah menurunkan 120
rahmat setiap hari, diturunkan kepada Ka’bah 60 rahmat untuk
orang tawaf, 40 untuk orang solat dan 20 untuk orang yang
memandangnya)).
Kelebihan Solat di Makkah
RasululLah bersabda: ((Solat di masjidku ini (Masjid Nabawi)
lebih baik daripada 1000 kali solat di masjid lain kecuali
Masjid al-Haram, solat di Masjid al-Haram lebih afdhal 100
kali daripada solat di masjidku ini [iaitu 100 ribu kali di masjid
lain])).
Disebut di dalam riwayat lain: ((Solat di Bait al-Maqdis
pahalanya 500 kali ganda daripada masjid lain)).
Sekali bersolat di Masjid al-Haram, Makkah al-Mukarramah
pahalanya sama dengan solat di tempat lain (selain Masjid
Nabawi dan Bait al-Maqdis ) iaitu bersamaan 55 tahun, 6
bulan dan 22 hari. Solat sehari semalam (5 waktu) pahalanya
sama dengan 277 tahun 9 bulan dan 10 hari.
Banyak lagi hadis-hadis yang menyebut tentang kelebihan
Makkah al-Mukarramah, pembaca disarankan agar merujuk
kitab dan lain-lainnya. Untuk
mengetahui berkenaan hadis-hadis yang disebut di atas dari
segi taraf hadis dan sebagainya, sila rujuk kepada kitab asal
iaitu ‘Makkah al-Mukarramah: Kelebihan dan Sejarah’.
WalLahu A’lam.
Kelebihan-Kelebihan
MAKKAH
AL-MUKARRAMAH
Dipetik daripada buku:
Makkah al-Mukarramah:
Kelebihan dan Sejarah
Oleh:
Abu Anas al-Madani
Abdul Basit bin Abdul Rahman
Suntingan dan atur huruf:
Abu Usamah al-Eidrus
VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM
Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul
MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM
· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.
· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.
OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM
· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.
· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.
· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.
· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.