Pengumuman Penting
12 Mac, 2022
06 Mac, 2022
Infaq Ramadhan
Betapa besarnya ganjaran dan betapa mudahnya membuat pahala bagi mereka yang menjamu insan lain berbuka puasa.
apatah lagi menyantuni para Penuntut Ilmu, Penghafal al-Quran, dan Anak Yatim.
kami membuka peluang kepada anda semua untuk berinfak untuk menaja berbuka puasa dan/atau bersahur bagi pelajar serta guru dan warga Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri.
semoga dengan sumbangan anda, Allah akan lipat gandakan pahala sebanyak-banyaknya. semoga ianya menjadi pahala jariyah yang tidak henti-henti terus mengalir buat anda yang pemurah.
Operasi Pejabat
Assalamualaikum WBT.
InsyaAllah kami beroperasi semula.
waktu pejabat akan bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang,
setiap hari Ahad hingga Khamis.
Boleh menghubungi nombor pejabat 018 9006 992 jika ada sebarang urusan
(panggilan dan whatsApp)
E-mail rasmi : ppimn911albakri@gmail.com
laman web rasmi : https://ppimna.blogspot.com/
Laman Facebook rasmi : https://www.facebook.com/PusatPengajianIslamMohdNorAlBakri/
VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM
Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul
MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM
· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.
· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.
OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM
· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.
· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.
· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.
· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.
Pelan Susun Atur Pusat Pengajian
Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)
