Kami membuat rombongan mahabbah ke Masjid Aleyah, Alor Gajah, Melaka. Atas jemputan majlis ceramah Maa'l Hijrah oleh Ust Hanafiah Husin. Sempat bergambar ketika makan malam bersama Imam dan AJK Masjid Aleyah seusai majlis ceramah dan solat isyak.
Pengumuman Penting
SILA LIHAT RAYUAN SUMBANGAN DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI > > > > > > > > > > > > V V V V V V
07 November, 2013
01 November, 2013
SUDAH SETAHUN PEMERGIAN BONDA
Tanggal 1 November 2013, cukuplah satu tahun bonda tersayang meninggalkan kami. Terasa baru beberapa hari lalu bersama bonda. Masih sayup-sayup terdengar suara bonda. Masih terbayang-bayang senyuman bonda. Begitulah perasaannya bila dia sudah tiada. Tapi yang pasti bonda pasti dalam doa' kami. Kami sentiasa kirimkan doa' buat bonda. Kebetulan pada tahun ini kami mengupah Haji & Umrah untuk bonda dan ayahnda. Juga pada tahun ini salah seorang anaknya juga melakukan Haji. Dia menceritakan bagaimana dia termimpikan bonda ketika berada ditanah suci. Bonda mengatakan padanya yang bonda akan tetap berada di tanah suci. ALHAMDULILLAH, teringat pula kisah-kisah para solihin dahulukala yang mengatakan roh orang-orang yang beriman dan soleh sentiasa berada disekeliling ka'bah. Wallahu A'lam.
Semoga bonda selalu dicucuri rahmat dari Ar-Rahman.
AMIIN YA ROBB.
Langgan:
Catatan (Atom)
VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM
Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul
MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM
· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.
· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.
OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM
· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.
· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.
· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.
· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.