Pengumuman Penting
SILA LIHAT RAYUAN SUMBANGAN DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI > > > > > > > > > > > > V V V V V V
24 Oktober, 2013
Ziarah Syeikh Syria
Baru-baru ini kami telah membuat kunjungan ilmiah dengan dua orang syeikh dari Syria bertujuan mengambil tabarruk dan ingin mengetahui sendiri kisah penderitaan ummat Islam di Syria melalui mulut orang Syria sendiri. Yang pertama Syeikh Firas Salo, seorang syeikh muda yang mempunyai banyak sanad-sanad hadis. Ayahnya ialah seorang ulama' besar di Kota Damsyik. Dia sekarang tinggal di Shah Alam, Seksyen 7. Yang kedua ialah Syeikh Ahmed Wafiq, seorang bekas pensyarah di Kolej Antarabangsa Damsyiq. Beliau tinggal di Shah Alam, Seksyen 9. Sekarang beliau sedang berusaha untuk menjadi salah seorang pensyarah di Universiti Al-Madinah Antarabangsa di Shah Alam.
21 Oktober, 2013
MAJLIS KORBAN 1434 MERIAH
Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam ketika majlis korban di Pusat Pengajian Islam baru-baru ini. Dua ekor lembu selamat disembelih dan dagingnya diagih-agihkan.
17 Oktober, 2013
KHUTBAH DAN SOLAT AIDIL ADHA 1434
Alhamdulillah, khutbah raya haji disampaikan oleh Ust Hanafiah, Mudir Madrasah Darul Ikhwan Terengganu. Selepas khutbah raya, diadakan Majlis Tahlil diketuai oleh Ust Ridhwan.
Langgan:
Catatan (Atom)
VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM
Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul
MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM
· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.
· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.
OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM
· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.
· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.
· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.
· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.