Pengumuman Penting

 SILA LIHAT RAYUAN SUMBANGAN DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI > > > > > > > > > > > > V V V V V V

22 Disember, 2013

PENGUMUMAN PENTING

Atas permintaan sahabat-sahabat yang mahu dilanjutkan lagi tempoh temuduga terbuka bagi pengambilan Pelajar Generasi Pertama Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri bagi sesi 2014, kami bagi pihak Pusat Pengajian Islam melanjutkan lagi tempoh temuduga tersebut sehingga 31 Disember 2013. Bagi sesiapa yang masih berminat, sila maklumkan dan hubungi Pusat Pengajian Islam sebelum datang untuk temuduga.

Ust. Abu Hasan Alshaari Bin Abdul Aziz (Mudir):
019-9437885 / 019-9330018
Ust. Zaharim Bin Ishak (Tim. Mudir):
019-9892542

17 Disember, 2013

SISTEM PENGAJIAN PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Pusat Pengajian Islam ini menggunakan kaedah pengajian pra tahfiz dan sistem pondok tradisional iaitu sebuah sistem pendidikan yang tersendiri dan unik. Sistem talaqqi (menadah kitab) merupakan sistem utama yang diamalkan. Di sini, guru-guru dan ustaz bukan setakat sebagai seorang tenaga pengajar, akan tetapi sebagai qudwah (teladan) bagi pelajar-pelajar, di samping sebagai penasihat dan pembimbing pelajar tersebut sepanjang masa. Perkara ini berterusan sehinggalah pelajar tersebut mampu untuk membaca kitab sendiri seterusnya mampu mengajar dan keluar sebagai seorang guru/ustaz yang baru untuk mengembangkan sistem pondok ini khususnya dan Islam amnya. Sistem ini menggunakan dua kaedah:
1.Teori:
- Belajar kitab dengan guru-guru dan para asatizah.
- Mengulangkaji pengajian dengan senior atau mempelajari dan bermuzakarah kitab-kitab yang tidak diajar.
2.Amali:
- Amalan-amalan harian.
- Pelajar mengikut arahan guru/ustaz.
Selain itu kelas dibahagikan kepada:
1. Untuk pelajar (akan menduduki peperiksaan).
2. Untuk mustami' (pendengar, tidak akan menduduki peperiksaan).
3. Umum untuk penduduk setempat.
Kitab-kitab yang diajar:
•Kitab Jawi
•Kitab Arab
•Tiada pengajian akademik
TEMPOH DAN JANGKA MASA PENGAJIAN:
Sistem pengajian pondok ini tidak mempunyai tempoh tertentu. Ini disebabkan sistem pengajian pondok lebih kepada menitik beratkan kemampuan pelajar itu menerima setiap pelajaran serta kemampuan mereka terhadap pelajaran tersebut. Oleh yang demikian pelajar yang benar-benar mampu sahaja akan menghabiskan pengajian dengan lebih cepat. Walau bagaimanapun mereka yang tidak mampu mengikuti pelajaran tersebut mungkin perlu mengulangi pelajaran sehinggalah mereka benar-benar mampu. Walaupun begitu, pihak kami menghadkan sekurang-kurang pengajian disini hendaklah selama lima tahun keatas. Kemudian pelajar diberi pilih sama ada mahu terus belajar dan berkhidmat di Pusat Pengajian Islam atau meneruskan pengajian ke tempat lain.
HALA TUJU:
Setelah lima tahun belajar disini, pelajar boleh memilih menyambung pengajian dalam bidang agama atas perbelanjaan sendiri ke Pusat Pengajian Pondok yang lain:
Dalam Negara - seperti Pondok Pasir Tumbuh dan Pondok Gelang Mas di Kelantan, Pondok Wakaf Tapai dan Pondok Langkap di Terengganu, Pondok Lanai dan Pondok Az-Zuhdiah di Kedah atau Pusat-Pusat Pengajian Pondok yang lain di Malaysia.
Luar Negara – Pondok-Pondok Pattani di Selatan Thailand, Pondok Pasantren di Indonesia, Rubat-Rubat Habaib di Hadhramaut, Yaman dan Khalawe-Khalawe Tahfizul Quran di Sudan.

02 Disember, 2013

TEMUDUGA TERBUKA UNTUK PENGAMBILAN PELAJAR 2014

Assalamualaikum..

Dengan sukacitanya dimaklumkan temuduga pengambilan Pelajar Generasi Pertama Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri bagi Sesi 2014 akan diadakan pada tarikh/waktu berikut:

Tarikh: 21 dan 22 Dis 2013 (Sabtu dan Ahad)
Waktu: 10.00 pagi hingga 4.00 petang

*Sila bawa salinan kad pengenalan atau surat beranak (My Kid).
*Pengambilan pelajar terhad.

Antara pra syarat kelayakan pelajar seperti berikut:
(1) Boleh Membaca Al-Quran
(2) Boleh Membaca Dan Menulis Jawi
(3) Mampu Menghafaz
(4) Tiada Masalah Disiplin Dan Akhlak
(5) Pelajar Lelaki Berumur Antara 10-13 Tahun
(6) Lulus Dalam Temuduga/Ujian Masuk
(7) Sanggup Mematuhi Segala Peraturan Madrasah Sepanjang Masa

Jadual ini berdasarkan sukatan Pra Tahfiz Al-Qur'an dan kitab-kitab Sistem Pengajian Pondok.

07 November, 2013

Rombongan Ceramah Maa'l Hijrah ke Melaka

Kami membuat rombongan mahabbah ke Masjid Aleyah, Alor Gajah, Melaka. Atas jemputan majlis ceramah Maa'l Hijrah oleh Ust Hanafiah Husin. Sempat bergambar ketika makan malam bersama Imam dan AJK Masjid Aleyah seusai majlis ceramah dan solat isyak.

01 November, 2013

SUDAH SETAHUN PEMERGIAN BONDA

Tanggal 1 November 2013, cukuplah satu tahun bonda tersayang meninggalkan kami. Terasa baru beberapa hari lalu bersama bonda. Masih sayup-sayup terdengar suara bonda. Masih terbayang-bayang senyuman bonda. Begitulah perasaannya bila dia sudah tiada. Tapi yang pasti bonda pasti dalam doa' kami. Kami sentiasa kirimkan doa' buat bonda. Kebetulan pada tahun ini kami mengupah Haji & Umrah untuk bonda dan ayahnda. Juga pada tahun ini salah seorang anaknya juga melakukan Haji. Dia menceritakan bagaimana dia termimpikan bonda ketika berada ditanah suci. Bonda mengatakan padanya yang bonda akan tetap berada di tanah suci. ALHAMDULILLAH, teringat pula kisah-kisah para solihin dahulukala yang mengatakan roh orang-orang yang beriman dan soleh sentiasa berada disekeliling ka'bah. Wallahu A'lam. Semoga bonda selalu dicucuri rahmat dari Ar-Rahman. AMIIN YA ROBB.

24 Oktober, 2013

Ziarah Syeikh Syria

Baru-baru ini kami telah membuat kunjungan ilmiah dengan dua orang syeikh dari Syria bertujuan mengambil tabarruk dan ingin mengetahui sendiri kisah penderitaan ummat Islam di Syria melalui mulut orang Syria sendiri. Yang pertama Syeikh Firas Salo, seorang syeikh muda yang mempunyai banyak sanad-sanad hadis. Ayahnya ialah seorang ulama' besar di Kota Damsyik. Dia sekarang tinggal di Shah Alam, Seksyen 7. Yang kedua ialah Syeikh Ahmed Wafiq, seorang bekas pensyarah di Kolej Antarabangsa Damsyiq. Beliau tinggal di Shah Alam, Seksyen 9. Sekarang beliau sedang berusaha untuk menjadi salah seorang pensyarah di Universiti Al-Madinah Antarabangsa di Shah Alam.

21 Oktober, 2013

MAJLIS KORBAN 1434 MERIAH

Berikut adalah foto-foto yang sempat dirakam ketika majlis korban di Pusat Pengajian Islam baru-baru ini. Dua ekor lembu selamat disembelih dan dagingnya diagih-agihkan.

Carta Struktur Organisasi

Carta Struktur Organisasi
Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

القرآن