Pengumuman Penting

 SILA LIHAT RAYUAN SUMBANGAN DI BAHAGIAN KANAN BLOG INI > > > > > > > > > > > > V V V V V V

26 November, 2011

Amalan Pada Awal Muharram


Pada petang 26 nov 2011 ini berakhirlah tahun Hijrah 1432 dan masuklah tahun baru Hijrah 1433. Begitu jugalah kita akan masuk ke awal bulan kelendar dalam Islam, Bulan Muharram. Demikian juga kita namakan dengan Maa’l Hijrah sempena dengan permulaan tahun ini dikira dari penghijrahan Baginda Rasulullah (s.a.w) dari Kota Mekah Ke Kota Madinah. Dengan kita mengambil akan peristiwa tersebut sebagai iktibar dan pengajaran dalam hidup kita sepanjang tahun. Marilah sama-sama kita berazam ditahun baru Islam ini untuk meningkatkan lagi amal ibadat sebagai bekalan kita di Hari Akhirat nanti yang dikatakan hari yang tidak bermanfaat lagi oleh harta benda dan anak pinak kecuali orang yang kembali kepada Allah dengan hati yang tenang..
Disini ana naqalkan dari kitab Jam’ul Fawaid (جمع الفوائد * وجواهر القلائد) akan doa akhir tahun yang dibaca sebelum maghrib pada petang hari 30 Zulhijjah dan juga doa awal tahun yang dibaca selepas maghrib pada malam 1 Muharram.

Amalan Pada Awal Muharram


Dan dibaca pada awal tahun iaitu awal bulan Muharram seperti kata Syeikh Jamaluddin Sibti Ibni Al-Jauzi (mudah-mudahan Allah mencucuri rahmat keatasnya). Katanya: "Telah mengajar akan daku oleh Syeikh Omar Bin Qodamah Al-Maqdisi akan doa akhir tahun dan doa bagi awal tahun". Katanya: "Sentiasa guru kami berwasiat dengan dia (doa ini) dan (mengekali) membacanya. Dan tiada meluputkan daku (yakni tidak pernah meninggalkan membaca doa ini) sepanjang umurku(hidupku)". Maka Adapun doa awal tahun, maka iaitu:

اللَّهُمَّ أَنْتَ الْأَبَدِيُّ الْقَدِيْمُ الْأَوَّلُ وَعَلَي فَضْلِكَ الْعَظِيْمِ وَكَرَمِ جُوْدِكَ الْمُعَوَّلِ وَهَذَا عَامٌ جَدِيْدٌ قَدْ أَقْبَلُ أَسْأَلُكَ الْعِصْمَةَ فِيْهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيْمِ وَأَوْلِيَائِهِ وَالْعَوْنَ عَلَي هَذِهِ النَّفْسِ الأمَّارَةِ بِالسُّوْءِ وَالْاِسْتِقْبَالَ بِمَا يُقَرِّبُنِيْ إِلَيْكَ زُلْفَى يَا ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
(Dibacakan dia 3X)


Maka bahawasanya syaitan berkata: “Bahawasanya meminta aman ia (orang yang membaca doa ini) daripada (gangguan/hasutan) daku pada barang (sisa umur) yang tinggal lagi”. Dan (menghantar) wakil oleh Allah kepadanya (orang yang membaca doa ini) dengan dua orang malaikat yang mengawal kedua-dua malaikat itu daripada (kejahatan) syaitan dan tenteranya.
Dan kata Syeikh Abul Yasar Al-Qottan Khalifah Asy-Syeikh Karimuddin Al-Khalwati daripada Mardas (mudah-mudahan Allah merahmatinya): “Bahawasanya barang siapa membaca Ayatul Kursi pada awal Muharram pada pertama (yakni diawal) tahun, (sebanyak) 360 kali dengan berbismillah pada awal tiap-tiap kalinya (yakni pada tiap-tiap permulaan Ayatul-Kursi). Dan tatkala tamamnya (sempurna baca Ayatul Kursi tadi), dibacakan (pula) doa ini:

اللّهُمَّ يَا مُحَوِّلُ الأَحْوَالِ حَوِّلْ حَالَنَا اِلَى أَحْسَنَ الْأَحْوَالِ بِحَوْلِكَ وَقُوَّتِكَ يَا عَزِيْزُ يَا مُتَعَالُ وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Maka bahawasanya dipeliharakannya daripada barang (perkara) yang dibenci akan dia. Dan telah dicuba, maka sahlah ia. (Yakni telah ditest berkali-kali dan betul-betul mujarab kesan doa ini).
Dan adapun doa pada akhir tahun (pula), maka dibacakan doa ini iaitu:

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ. اللَّهُمَّ مَا عَلِمْتُ فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنِى عَنْهُ وَلَمْ أَتُبْ وَحَلِمْتُ فِيْهَا عَنِّى بِفَضْلِكَ عَلَى عُقُوْبَتِى وَوَعَدْتَنِى التَّوْبَةَ مِنْ بِعْدِ جَرَاءَتِى عَلَى مَعْصِيَتِكَ فَإِنِّى أَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْلِى وَمَا عَلِمْتُ فِيْهَا مِمَّا تَرْضَاهُ وَوَعَدْتَنِى عَلَيْهِ الثَّوَابَ فَأَسْأَلُكَ أَنْ تَقْبَلَهُ عَنِّى وَلاَ تَقْطَعْ رَجَائِ مِنْكَ يَا كَرِيْمُ
(Dibaca 3X)


Maka bahawasanya syaitan berkata ia: “Telah kami (buat) fitnah (keatasnya) sepanjang-panjang tahun. Maka (dia telah) binasakannya dalam satu saat (sahaja)”.

{Rujukan kitab asal: Jam'ul Fawaid Wa-Jawaahirul Qolaaid dalam Bab Kelebihan A'syura'}

07 November, 2011

Sekitar Majlis Aidil Adha Dan Qurban

Majlis Jamuan selepas solat sunat raya.

Lembu yang sudah tersedia untuk disembelih.


Allahuakbar Allahuakbar Walillahilhamd...Disembelih oleh Timbalan Mudir 1.

Selesai sembelih seekor lembu.

Yang ni, kerbau pula yang tunggu giliran.




Timbalan Mudir 3 antara tenaga utama dalam majlis qurban ini.

Sudah selesai sembelih kerbau.

Adengan lapah melapah.. Kelihatan Khatib Khutbah Aidiladha juga bersungguh2 melapah daging korban.

Kelihatan juga Pengerusi PPIMNAB dan salah seorang Ahli Lembaga Pengelola (ALP) PPIMNAB.

Juga kelihatan Mudir bersama Pengerusi sedang sibuk sungguh nampaknya.





Tidak ketinggalan Timbalan Mudir 2 membantu kerja membahagi-bagi daging korban.

Carta Struktur Organisasi

Carta Struktur Organisasi
Pusat Pengajian Islam Mohd Nor Al-Bakri

VISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

Menjadi pusat ilmu agama dan melahirkan generasi bertaqwa, berqualiti dan memelihara adab-adab Islam dalam rangka mewujudkan Islam sebagai ad-din yang syumul

MISI PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Menyelenggarakan pendidikan ilmu-ilmu Islam bermula dari peringkat bawahan.

· Menyelenggarakan dakwah dan penyumbangan potensi ummat dalam sumbangan pendidikan Islam.

OBJEKTIF PUSAT PENGAJIAN ISLAM

· Mampu menghafal sebahagian atau keseluruhan Al Quran.

· Memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis.

· Kemahiran dalam perkara Fardhu Ain.

· Melahirkan generasi yang berakhlak mulia.

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Pelan Susun Atur Pusat Pengajian

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

Lakaran Pelan Cadangan Bangunan Pusat Pengajian Islam (Anggaran Kos RM 300,000.00)

القرآن